Friday, September 28, 2007

Suasana Ramadhan di NZ






Sempena bulan ramadhan ni, saya akan berkongsi pengalaman pertama saya berpuasa di negara orang.



Umat Islam di New Zealand mula berpuasa sehari lewat dari Malaysia iaitu pada hari Jumaat 14 September 2007. ( dua minggu selepas kami tiba disini). Esok pula genaplah 2 minggu kami menjalani ibadah puasa di sini.



Sepanjang dua minggu ini..yang paling terasa kehilanganya ialah suasana sembahyang terawih dan kemeriahan pasar ramadhan di Malaysia. Setakat ni saya belum berpeluang lagi nak sembahyang terawih di Masjid An Nur yang terletak di bandar Christchurch kerana kedudukannya yang agak jauh dari rumah ( lebih kurang 30 km ).Biasanya saya hanya ke masjid An Nur untuk mengerjakan solat Jumaat.


Kemeriahan berbuka puasa lebih terasa pada hujung minggu, kerana waktu ni biasanya kami akan berbuka puasa dirumah rakan-rakan dari Malaysia secara bergilir-gilir. Masa ni sungguh seronok, selain dapat menikmati pelbagai juadah kami juga dapat berkumpul untuk sembahyang maghrib , isyak dan terawih secara berjemaah. Lepas terawih kami akan berborak sambil menikmati juadah ringan ( kira layan moreh...la). Waktu ni, terasa la "feel " berbuka puasa macam kat Malaysia.Pada hari Sabtu 6 Oktober insyallah kami pula akan menjemput mereka berbuka puasa di rumah kami.




Sesuatu yang pasti kami tetap terkenang dan merindui suasana berbuka puasa dengan ahli keluarga yang tersayang di Malaysia. Kemeriahan berbuka puasa bersama keluarga dengan masakan lauk kegemaran tetap tidak boleh dilupakan. Apapun, kami tetap bersyukur kerana diberi kekuatan untuk meneruskan Ibadah puasa..



Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa ...



Halim
28 Sept 2007 1.ooam

1 comment:

Professor Dr Norzaidi Mohd Daud said...

Bila terbaca pengalaman menyambut ramadhan di negera orang, teringat saya sewaktu belajar di USA dulu. Sahur,dan buka puasa dengan rakan-rakan pelajar. Hari raya pertama pula diraikan dalam kelas waktu final examination. Hari raya pula disambut meriah bersama rakan-rakan. Semua pengalaman ini sangat manis sekali...