Monday, July 21, 2008

Percutian Di West Coast NZ via Arthur's Pass

Musim cuti sekolah baru-baru ini kami sekeluarga berpeluang melawat melawat bandar-bandar di sebelah timur South Island NZ. Destinasi pertama adalah Bandar Hokitika yang terletak 250km dari Bandar Christchurch. Hokitika terkenal dengan Jade Town. Kepada peminat Jade boleh lah membeli pelbagai jade di sini.

Untuk sampai ke Hokitika kami melalui Arthur's Pass , kebetulan pada sebelah malam sebelum kami bertolak salji turun dengan lebat di kawasan Arthur's Pass. Pemandangan sangat menarik di sepanjang Arthur's Pass dengan salji yang memutih meliputi di sepanjang jalan dan gunung ganaang di sekitarnya.Kami mengambil kesempatan bergambar dan anak-anak seronok bermain salji di kawasan itu.
Sepanjang percutian ini anak-anak seronok dengan pengalaman mereka melawat Glacier yang terletak di Fox Glacier dan Bandar Franz Josef. Mereka juga seronok kerana berpeluang menimba pengalaman mendulang emas di Shantytown yang terkenal dengan Bandar Emas satu ketika dahulu.

Semasa perjalanan pulang melalui Arthur's Pass, anak-anak kehairanan melihat salji-salji sudah hilang dari pandangan takkala melaluinya tiga hari yang lepas ketika bertolak ke Hokitika. Permandangan di Arthur's Pass telah bertukar wajah, begitulah indahnya kejadian tuhan.

Along bergambar di tepi tasik berlatar belakang kan gunung bersalji....
Angah...berposing di Arthur's Pass
Aiman tak lepas peluang main salji.....
Farzana yg kesejukkan...!!!