Monday, October 8, 2007

Hari Pertama di Meadow Mushrooms

Bunga Daffodil sudah semakin berkurangan kerana musim spring dah nak berakhir. Ini bermakna kerjaya memetik bunga juga akan berakhir. Namun begitu, hidup ini perlu diteruskan. Syukur alhamdulillah, saya telah dapat bekerja di Syarikat Meadow Mushrooms iaitu antara syarikat pengeluar cendawan yang terbesar di New Zealand.
Hari ini 7 Oktober 2007, adalah hari pertama saya bekerja di Meadow Mushrooms. Masuk kerja pukul 7 pm hingga pukul 3.00 am. Hari ini juga merupakan pengalaman pertama berbuka puasa di tempat kerja.
Kerja di sini lebih stabil berbanding kerja petik bunga. Pendapatan lebih tetap dan lebih lumayan. Kerja yang saya lakukan adalah menimbang berat cendawan dan kerja-kerja mengangkat serta menyusun kotak -kotak cendawan.
Ini lah pertama kali dalam sejarah hidup saya kerja di kilang yang saya tak pernah terfikir akan melakukan kerja ini sepuluh tahun yang lalu.

2 comments:

Intan said...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Selamat menimba pengalaman di rantau orang dan selamat belajar utk Yati.

Intan

Admin said...

saya tgh survey2 ingat nak ke NZ...nak kerja di sana...tp, masih ragu2...thanks for the info..