Catatan Pengalaman Di New Zealand adalah sebuah catatan yang akan menceritakan tentang perjalanan kehidupan dan pengalaman yang penulis perolehi di negara orang untuk di kongsi bersama teman-teman serta sahabat yang mengenali diri ini.
Di samping itu, blog ini juga di buat sebagai platform untuk saya berkarya dan memberi pandangan serta pendapat dalam apa jua isu yang saya rasa penting untuk di kongsikan.
Hari ini genap 26 hari saya berada di NZ..,terlalu pantas masa berlalu. Selama 26hari berada di negara orang banyak perkara dan pengalaman baru yang telah saya lalui...
Alhamdulillah, kami sekeluarga telah selamat sampai di NZ pada 1 Sept 2007. Perjalanan dari KL - Auckland mengambil masa 10 jam menaiki pesawat MAS, kemudian dari Auckland ke Christchurch mengambil masa 2 jam menaiki pesawat New Zealand Airlines.
Kami selamat tiba di lapangan terbang Christchurch pada pukul 4.00pm waktu NZ ( waktu M'sia jam 12pm ). Setibanya kami disana kami di jemput oleh pelajar Malaysia yang tinggal disana. Ada tiga buah kereta yang mengambil kami lapangan terbang Christurchdan dan mereka telah membawa kami sekeluarga di sebuah rumah salah seorang pelajar malaysia disana.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Lapangan Terbang ke rumah salah seorang yang menjemput kami di Airport. Rumahnya terletak berhampiran Lincoln University.Sebaik kami tiba, kami di jamu dengan pelbagai juadah masakan Malaysia serta disusuli dengan majlis suai kenal dengan beberapa keluarga yang berasal dari Malaysia. Suasana begitu mesra seperti sudah lama berkenalan.
Selepas selesai makan dan solat maghrib, kami di bawa ke rumah sewa kami yang berdekatan dengan rumah yang kami kunjungi. Rumah sewa kami lengkap dengan perabot dan peralatan rumah. Sungguh lega rasanya apabila dapat berehat di rumah sendiri setelah penat melalui perjalanan yang jauh.
Maka bermula lah suasana hidup baru, yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini.
Keesokkan harinya saya telah dibawa orang Abg Saadon untuk membeli barang keperluaan harian dan beliau membawa saya ke bandar Riccarton untuk membeli makanan halal seperti ayam dan daging yang dijual oleh peniaga dari Timur Tengah. Menurut beliau apa yang dilakukan kepada saya sudah menjadi satu tradisi apabila ada keluarga baru yang sampai di NZ.
Untuk memudahkan urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah, saya telah membeli sebuah kereta Toyota Ipsum ( 7 seater ) di pasaran Auction dengan harga $ 2,600 NZ. ( Lebih kurang RM 6,500 ).
Setelah lima hari berada di sini, saya pun mendaftarkan dua orang anak saya di Lincoln Primary School. Anak yang sulung (Izzah)berumur 7 belajar dalam kelas Year 3 dan anak yang kedua ( Farhana ) 5 tahun berada dalam kelas Year 1. Alhamdullilah anak-anak boleh menerima perubahan ini dan nampaknya mereka dah boleh sesuaikan diri dengan suasana baru. Anak yang ketiga ( Aiman 3 tahun) di hantar belajar ke Tadika An Nur ( Tadika Islam ) pengetuanya Dr Maysoon ( Orang Palestin )
Bila semua anak-anak telah memulakan persekolahan mereka pada 10 september 2007, barulah lega rasanya kerana telah selesai satu tanggungjawab untuk memastikan mereka mendapat pendidikan.
Buat masa nie si kecik Farzana yang akan menyambut ulang tahun pertama bulan depan tinggal dengan saya apabila uminya pergi belajar pada jam 9.00am - 3.00pm. Masa ini juga adalah waktu persekolahan di NZ. Jadi pada masa tersebut saya akan tinggal bersama Farzana berdua di rumah. Jika Farzana tidur saya akan melayari Internet untuk mendapatkan maklumat untuk menambahkan pengetahuan.
Setakat nie saya cuma berpeluang kerja pada hujung minggu, kebetulan sekarang musim spring maka dapat lah peluang bekerja sebagai pemetik bunga...di ladang bunga yang berpuluh ekar luasnya. Nama bunganya "Daffodil Flower" yang ditanam di Hadstock Farm yang terletak 20 km dari rumah saya di Lincoln University.
Rasanya..cukup setakat nie dulu yang dapat saya ceritakan pengalaman pertama saya di sini
Selamat berpuasa...
Halim
Lincoln NZ
26 Sept 2007
12.30pm

6 comments:
Assalamualaikum Bro? Salam perkenalan saya rauf dari Cheras KL. Saudara masih tinggal lagi di Nz. Tinggal di belah mana? Kenangan saya tahun 2000 tinggal disana.
Assalamualaikum. Salam perkenalan saya Abdullah dari Kajang. Saya dan keluarga akan ke NZ CHC hujung bulan ni. Plan nak jln2 dulu pastu ingat nak cuba kerja kat sana.Problemnya pasal sekolah anak2. Ada cadangan atau pandangan bagitau le nanti boleh email pun ok kat abilyn70@hotmail.com
Salam...saya daean ingin bekerja di nz tlg mcm mna...0135988500
Salam saudara anak saya akan ke Lincoln.saya sedang mencari tempat tinggal.dimanakan kawasan yg berdekatan dgn uni?mohon bantuan.terimakasih

Post a Comment