Monday, September 1, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Hari ini 1 September 2008, genap setahun kami sekeluarga berada di sini. Sudah empat musim berlalu dengan pelbagai pengalaman yang baru. Esok 2 September 2008, umat islam di sini akan mula berpuasa. Bulan Ramadhan pada tahun ini bermula pada awal Spring, kami akan bersahur pada pukul 5.00 pagi dan berbuka puasa pada 6.02 petang. Tahun ini Angah akan mula belajar berpuasa, harap-harap angah akan berjaya menjalani ibadah berpuasa seperti Along. Juadah berbuka puasa tidak lah semeriah seperti di Malaysia kerana disini semuanya perlu di masak dan di sediakan sendiri. Cuma sekali sekala terutama pada hujung minggu kami akan berbuka puasa bersama dengan rakan-rakan dari Malaysia dalam majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh tuan rumah.Kami sekeluarga di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua ahli keluarga dan teman-teman yang berada di Malaysia.
Sekian, wassalam
Halim
Lincoln
1 September 2008

6 comments:

Syah said...

Selamat berpuasa Lim.

Dah setahun kau ye..Cepat betul masa berlalu.

Mohd Halim Kadri said...

Halim YJ
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Macam mana study?

Balkish said...

Halim & Yati,

selamat berpuasa ...marilah sini buka sama2

Unknown said...

Abg Alim & family...

Selamat menjalani ibadah puasa... Hope suma sihat..Kami suma sihat alhmdulillah. Irfan pun 1st time posa.. Alhmdulillah belum penah tinggal lg...Aiman posa tak ? Tak posa tak boleh raya tau. Tak boleh pakai bj melayu yg opah buat tu.. hehe.. Nanti add gmbr hari raya ye...

Salam Rindu dr Angah,Sue,Azra,Irfan,Isyraq,Arissa

Mohd Halim Kadri said...

Assalamualaikum Halim YJ.

Apa khabar? Sibuk ke? Bila nak update blog?

Admin said...

salam...apa kabar empunya blog...sudah pulang ke m'sia atau masih di NZ...sgt teruja membaca pengalaman dalam blog ni...