Musim cuti sekolah baru-baru ini kami sekeluarga berpeluang melawat melawat bandar-bandar di sebelah timur South Island NZ. Destinasi pertama adalah Bandar Hokitika yang terletak 250km dari Bandar Christchurch. Hokitika terkenal dengan Jade Town. Kepada peminat Jade boleh lah membeli pelbagai jade di sini.
Aiman tak lepas peluang main salji.....
Untuk sampai ke Hokitika kami melalui Arthur's Pass , kebetulan pada sebelah malam sebelum kami bertolak salji turun dengan lebat di kawasan Arthur's Pass. Pemandangan sangat menarik di sepanjang Arthur's Pass dengan salji yang memutih meliputi di sepanjang jalan dan gunung ganaang di sekitarnya.Kami mengambil kesempatan bergambar dan anak-anak seronok bermain salji di kawasan itu.
Sepanjang percutian ini anak-anak seronok dengan pengalaman mereka melawat Glacier yang terletak di Fox Glacier dan Bandar Franz Josef. Mereka juga seronok kerana berpeluang menimba pengalaman mendulang emas di Shantytown yang terkenal dengan Bandar Emas satu ketika dahulu.
Semasa perjalanan pulang melalui Arthur's Pass, anak-anak kehairanan melihat salji-salji sudah hilang dari pandangan takkala melaluinya tiga hari yang lepas ketika bertolak ke Hokitika. Permandangan di Arthur's Pass telah bertukar wajah, begitulah indahnya kejadian tuhan.
Along bergambar di tepi tasik berlatar belakang kan gunung bersalji....
Angah...berposing di Arthur's PassAiman tak lepas peluang main salji.....
Farzana yg kesejukkan...!!!
10 comments:
Salam,
Saya nak sampaikan salam dari abang saya yang kebetulan rakan sekampus En. Halim masa di Arau - Mazlizan atau lebih dikenali sebagai Mike Jati (if I not mistaken). Saya di NZ juga, di Wellington, jiran berhampiran Balqis.
Salam Adik Mike...
Kalau datang ke Christchurch...jemput la datang jalan ke rumah...
kirim salam kat Balqis...
Wahh..Perth tak de salji!
Itupun winter dia aku dah tak tahan.....
Salam abg halim
Nak pi sana ? Dlm mimpi pun lum tentu sampai... hehehe...
Miss u all... Bye !
Angah-Sue-Azra-Irfan-Isyraq-Arissa
Lim,
Gambar anaknye comel2 belake..mana gambaq mak nyer..lama betul aku tak dengar cerita Yati...bz betul tu...kim slm
Alang,
Semalam ado buek kenduri doa selamat / arwah...cz Omak nak poie umrah dgn Acen-Amran-Family Amran pada 10 Ogos ni.
Kodok konvo master UIA 24 Ogos..Lain2 mcm biaso..kalau nak tahu pasal politik lagi masuk juga blog kadirjasin (x reporter & bos NST)
ok.
salam - ANJA
ass'kum.
mak aiiii.... cantek eh gambar bersalji..
bilo la bulih poie sanun ni...
anja dah report, ok la tu...
dah dapek seru...
insyaAllah,10-20 ogos pegi umrah.sampai airport jeddah, pegi ke madinah, lopeh tu ke mekah.
doakan semuanya selamat pegi dan balik dan dimudahkan segala urusan....
*poie degn omak, amran, mak dan bapak mertuo. (5 org)
* kim salam sumo kat sanun.
hilla ( Acen...)
Selamat berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah....
Kami sekeluarga meendoakan,semoga di permudahkan segala urusan..Amin...
P/s kirim salam kat Amran & Family
Alang
Omak apa khabar skang kek sanun... sojuk tak... update link blog aku..
http://blogs.iium.edu.my/jaiz/
aku ado hantar email kek alamat gmail... cubo lah check
Salam.nak share pengalaman jelajah south island NZ. B4 this kami biasa ke perth and we memang regular guest di mahira holiday homes and car rental pty ltd. SubhanaAllah, memang no words to describe.servis mereka memang the best.owner very helpful and accomondating. Owner org islam yg asalnya dari malaysia. Rumah2 bungalow holiday home mereka juga sgt baik dan cantik.lengkap dgn semua kelengkapan dan peralatan.sgt selesa dan bersih juga. Memang sgt berbaloi dgn harga yg dicaj. Mereka juga buat road adventure south island tour.subhanallah memang sgt cantik,tmpt tmpt yg mereka bawa dan diberi masa yg byk utk menikmati permandangan dan to appreciate keindahan ciptaan yg maha Esa. Kalau ikut tour bus,huhu sgt singkat masa yg diberi juga sentiasa rushing dan tidak byk tmpt yg dpt dilawati. Pakej mereka sgt menarik dan worth berbaloi yg amat .harga juga sgt berbaloi. Di Nz mknan halal hanya terdpt di bandar2 besar,tetapi jgn risau bila ikut mahira mereka siapkan segalanya dan itinenary mereka thumbs upp!!! Boleh hubungi anak owner di +60123360098 siti. I memang rekomen pd semua yg hendak ke australia dan NZ.mereka ini NZ dan Australia expert
Post a Comment