Thursday, February 21, 2008

Lincoln Primary School

Suasana di dalam kelas Angah... semasa guru memulakan kelas.


Suasana sebelum kelas bermula...kelihatan Along sedang menuju ke kelas

Lincoln Primary School terletak 1.5 km dari rumah kami dan berdekatan dengan pekan Lincoln. Along & Angah beruntung kerana dapat menimba pengalaman belajar di negara orang ketika di sekolah rendah lagi. Bagi along yang pernah belajar di Malaysia sewaktu darjah satu di Sek Keb Gemereh, Segamat tentulah merasai perbezaan susana pembelajaran sewaktu mula belajar di sini.

Antara pengalaman dan suasana baru yang di lalui oleh along & angah disini :

Sekarang ini Along & Angah tidak lagi membawa beg yang sarat dengan buku kerana di sini pelajar tidak membawa buku teks ke sekolah. Mereka cuma membawa alat tulis dan buku tulis ke sekolah. Tiada lagi kerja sekolah yang di bawa balik ke rumah untuk di siapkan. Guru hanya membekalkan sebuah buku cerita untuk di baca di rumah.

Di sekolah guru lebih banyak membimbing dari mengajar. Pelajar sentiasa di ingatkan tentang keselamatan dan kebersihan. Sebagai contoh, di awal sesi persekolahan pihak sekolah dengan dibantu oleh ibubapa dan polis akan membawa pelajar ke pekan Lincoln bagi membimbing pelajar sekolah bagaimana untuk melintas jalan secara selamat.

Along & Angah juga berpeluang berlajar berenang di sekolah. Bulan ini hari -hari mereka belajar berenang. Yang pastinya mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran disini dan bergembira setiap kali ke sekolah.

Saya juga gembira dan berharap mereka dapat mempelajari segala ilmu dan pengalaman hidup disini untuk berjaya di masa akan datang.

Wassalam

Halim

Lincoln

21 Feb 2008

8 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Halim YJ,
Apa khabar?
Semalam manantu makcik yang jaga anak-anak kau talipon aku. Dia kata makcik tu rindu sangat kat anak-anak kau. Kalau kau baca tulisan ni, dapatlah kiranya kau hubungi dia ye.

Syah said...

Halim YJ,

Aku tak de kene mengena dengan manantu makcik yg jaga anak2 nko..tapi,

Amirahs pun mungkin rindu ngan anak2s nko kot....

Halim.YJ said...

Shahrul..

Nanti bila kau dah sampai Australia...aku akan bawak anak -anak aku melawat Amirahs....

halim

Halim.YJ said...

Ok ...halim K,

terima kasih tlg ingatkan...
aku akan call mlm nie

halim

Balkish said...

Halim,

Along and angah ada uniform shirt sekolah ke? Nampak sama aje pakai baju merah? Bukan apa sekolah sofea tak dak uniform..

Halim.YJ said...

Balkis,
uniform sekolah berbeza mengikut sekolah...Baju merah...seluar hijau uniform bg Lincoln Primary School.

Macam mana study..?

Rizal said...

Assalamualaikum.

Salam perkenalan daripada saya di Dunedin.

Rizal
Fakulti Undang-undang
Universiti Otago
Dunedin
New Zealand
http://duadimensi.blogspot.com

The Girl in the Green Hijab said...

sy tjumpe blog kamu ketika mcrik wbsite lincoln primary school. dulu sy pn pnah bljr di situ ketika ayh smbg Ph.D di Lincoln Uni. sy mrase tadika n skolah dr junior 1 cmpai year 2. iaitu dr umur 4 - 8 tahun. mmg zmn skolah kt cne jauh bbze n x ktrlaluan kalo sy kate lg baik dr sistem kt msia.melihat gmbr anda itu, tak byk brubah skolah itu. sy juga dulu pkai sweater merah ngn skirt hjau. kdg2 seluar hijau. tshirt warne putih atau merah. skolahny pn x byk brubah. bngunn papan yg pnjg 2 mseh ad ye? sy pnah bljr ngn Mr Alcock mse junior 3. dye ad lg x kt situ? kalo ad, blh tlg send my regards to him? from adila abdul, year 1996. the shy asian girl. sy pnah nangis mase dia pakse sy tmpil k dpn n bcerita. x tau la dye igt sy lg x. nway, this is gonna be a good experience for ur children n yg psti, an unforgettable one.