Thursday, February 21, 2008

Lincoln Primary School

Suasana di dalam kelas Angah... semasa guru memulakan kelas.


Suasana sebelum kelas bermula...kelihatan Along sedang menuju ke kelas

Lincoln Primary School terletak 1.5 km dari rumah kami dan berdekatan dengan pekan Lincoln. Along & Angah beruntung kerana dapat menimba pengalaman belajar di negara orang ketika di sekolah rendah lagi. Bagi along yang pernah belajar di Malaysia sewaktu darjah satu di Sek Keb Gemereh, Segamat tentulah merasai perbezaan susana pembelajaran sewaktu mula belajar di sini.

Antara pengalaman dan suasana baru yang di lalui oleh along & angah disini :

Sekarang ini Along & Angah tidak lagi membawa beg yang sarat dengan buku kerana di sini pelajar tidak membawa buku teks ke sekolah. Mereka cuma membawa alat tulis dan buku tulis ke sekolah. Tiada lagi kerja sekolah yang di bawa balik ke rumah untuk di siapkan. Guru hanya membekalkan sebuah buku cerita untuk di baca di rumah.

Di sekolah guru lebih banyak membimbing dari mengajar. Pelajar sentiasa di ingatkan tentang keselamatan dan kebersihan. Sebagai contoh, di awal sesi persekolahan pihak sekolah dengan dibantu oleh ibubapa dan polis akan membawa pelajar ke pekan Lincoln bagi membimbing pelajar sekolah bagaimana untuk melintas jalan secara selamat.

Along & Angah juga berpeluang berlajar berenang di sekolah. Bulan ini hari -hari mereka belajar berenang. Yang pastinya mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran disini dan bergembira setiap kali ke sekolah.

Saya juga gembira dan berharap mereka dapat mempelajari segala ilmu dan pengalaman hidup disini untuk berjaya di masa akan datang.

Wassalam

Halim

Lincoln

21 Feb 2008