Hari ini 1 September 2008, genap setahun kami sekeluarga berada di sini. Sudah empat musim berlalu dengan pelbagai pengalaman yang baru. Esok 2 September 2008, umat islam di sini akan mula berpuasa. Bulan Ramadhan pada tahun ini bermula pada awal Spring, kami akan bersahur pada pukul 5.00 pagi dan berbuka puasa pada 6.02 petang. Tahun ini Angah akan mula belajar berpuasa, harap-harap angah akan berjaya menjalani ibadah berpuasa seperti Along. Juadah berbuka puasa tidak lah semeriah seperti di Malaysia kerana disini semuanya perlu di masak dan di sediakan sendiri. Cuma sekali sekala terutama pada hujung minggu kami akan berbuka puasa bersama dengan rakan-rakan dari Malaysia dalam majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh tuan rumah.Kami sekeluarga di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua ahli keluarga dan teman-teman yang berada di Malaysia.
Sekian, wassalam
Halim
Lincoln
1 September 2008