Semasa saya mula-mula membeli barang di New Zealand, saya telah menghulurkan note NZ lama untuk membayar dan jurujual tersebut terkejut apabila melihat note tesebut. Jurujual tersebut enggan menerimanya kerana duit tersebut sudah tidak di guna dalam pasaran.Saya merasa susah hati bila megenangkan kerugian akibat duit lama yang sudah tidak ada nilai dan tidak lagi di gunakan di pasaran. Keesokkan harinya saya telah pergi ke bank untuk bertanya samaada duit ini boleh di tukar atau tidak. Sedikit kelegaan di hati apabila di beritahu oleh pegawai Bank , saya boleh menukar matawang tersebut di Bank dengan nilai yang sama.
Hendak di jadikan rezeki, pada malam itu bila saya melihat dalam Trade Me....( satu laman web untuk penduduk di NZ membeli dan menjual barang secara online ) saya dapati duit-duit lama ini telah dijual dalam Trade Me. Saya pun mencuba untuk menjual duit lama ini dalam Trade Me, dan saya telah berjaya menjual beberapa Note NZ lama dengan Nilai yang lebih tinggi. Akhirnya duit lama yang saya sangka tidak ada nilai dalam pasaran itu, rupanya telah memberi rezeki yang tidak di sangka-sangka. Itulah pengalaman berharga yang saya perolehi...dimana adakalanya kita rasa sesuatu itu sudah tidak ada nilai...tetapi pada orang lain ianya mempunyai nilai yang tersendiri.
Halim
Lincoln NZ