Thursday, January 31, 2008

Selamat Hari Jadi Along & Angah

Hari jadi Angah yang ke 6Hari jadi Along yang ke 8

Along Izzah menyambut ulang tahun ke 8 pada 10 Jan 2008 dan Angah Hana menyambut hari lahir yang ke 6 pada 22 Jan 2008.

Kedua-dua majlis harijadi diadakan di rumah kami di CR 18 Lincoln University dan di hadiri oleh kanak-kanak dari Malaysia, anak jiran dari Nepal & Brazil.
Ini pengalaman pertama mereka menyambut hari lahir di luar negara....
Wasalam
Halim

Percutian di Hanmer Spring - Nelson - Kaikoura

Aiman memberi burung makan di pantai Kaikoura..... Berkhemah di Kaikoura...
Bulan Januari adalah bulan yang padat dengan aktiviti keluarga kerana musim cuti sekolah . Cuti sekolah yang jatuh pada musim panas memudahkan untuk berjalan jauh kerana waktu siang yang panjang. Kami sekeluarga bersama empat keluarga dari Malaysia berpeluang bercuti di Hanmer Spring - Nelson - Kaikoura.

Bermula dari Lincoln kami menuju ke Nelson melalui Hanmer Spring dan balik melalui Kaikoura. Kami menginap dua malam di Saxton Lodge di Nelson dan berkhemah satu malam di Top 10 Holiday Park Kaikoura. Nelson terkenal dengan pantainya yang cantik dan sesuai untuk aktiviti berkelah dan mandi laut.

Di Kaikoura kami telah memilh untuk berkhemah di Holiday Park Kaikoura untuk merasa kelainan dan keseronokkan berkhemah. Ini pengalaman pertama kami sekeluarga tidur dalam khemah.....Seperti biasa anak-anak seronok dengan pengalaman baru mereka..!!!


Wassalam
Halim
Lincoln
31 Jan 2008